Terapi Dengan Hafazan & Tadabbur Al Quran (TAHTA)

Terapi Dengan Hafazan & Tadabbur Al Quran (TAHTA)

PROGRAM PERCUBAAN

Ini adalah sebuah survey yang dilakukan untuk membantu pihak Quranic Antinote membuat keputusan samada program ini wajar dimulakan atau pun sebaliknya. 

Program ini adalah bersifat percubaan untuk batch pertama ini dan terbuka kepada 20 orang wanita sahaja yang mempunyai isu-isu atau trauma-trauma khusus yang memerlukan bantuan/sokongan spiritual.

Individu yang ingin menyertai program ini adalah secara langsung mesti bersetuju untuk mencuba pendekatan Al Quran (Quranic Approach) dalam membantu mereka berhadapan dengan isu-isu yang berakaitan dan mestilah bersetuju untuk bekerjasama dengan pembimbing program dalam mendapatkan data yang beliau perlukan dalam memperkemas-kinikan perjalanan program ini untuk batch-batch yang akan datang.

Komitmen adalah amat diperlukan dalam program ini. 



BUKAN RAWATAN KLINIKAL / PROFESIONAL


Program ini tidak menggantikan sebarang rawatan klinikal sedia ada (jika ada), tetapi berfungsi sebagai sokongan tambahan bagi mengisi kelompongan yang tersedia dalam program-program atau rawatan konvensional biasa. 




PERJALANAN PROGRAM


Asas perjalanan program ini adalah HAFAZAN dan TADABBUR. 

Hafazan adalah secara random mengikut prinsip-prinsip yang diajarkan; bukan menghafaz keseluruhan surah atau juzu seperti Circle Hafazan Muslimah dalam program yang lain. 

Sebagai contoh, jika tema minggu tersebut adalah tentang "RELIANCE ON ALLAH", maka ayat yang diwajibkan hafaz adalah 3 ayat daripada Al Quran berkaitan prinsip 'kebergantungan'. Prinsip tersebut akan diperjelaskan melalui dimensi yang lebih sesuai dengan kelompok ini yang bertujuan untuk meneguhkan hati dan kefahaman individu yang terlibat - sebagai salah satu bentuk rawatan ilmiah (rawatan berteraskan ilmu). 

Begitu juga dengan tadabbur, ianya akan berkisar ayat hafazan berkaitan tema dan prinsip yang disediakan dalam modul ini. 

Terdapat basic homework / assesment yang perlu dibuat untuk membantu peserta merungkai belenggu yang mungkin menjerat mereka selama ini. Kegagalan melakukan homework / assesment mungkin akan menjejaskan natijah akhir program ini. Justeru, peserta perlu bersikap komited dengan setiap modul dan perjalanan program yang diwujudkan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan iaitu sekurang-kurangnya 50% kelegaan dari kondisi biasa sebelum ini. 

Maklumbalas, kejujuran dan feedback daripada peserta juga amat diperlukan untuk membantu pembimbing lebih memahami tentang selok-belok program yang sedang dibangunkan ini. Justeru, peserta perlu bersikap terbuka dengan pembimbing agar kejayaan program ini pada batch pertama ini akan memberi manfaat kepada peserta dari batch seterusnya. 




MASA & MODE PROGRAM

Kelas akan diadakan pada setiap hari Rabu, jam 10 malam ke 11 - 11.30 malam secara online melalui platform Google Meet. Pada minggu terakhir iaitu minggu keempat atau minggu kelima (bergantung kepada kalendar), kelas akan diadakan secara fizikal di Lembah Klang atau di Puncak Alam pada jam 10 pagi ke 11.30 pagi. Kehadiran adalah diwajibkan bagi mereka yang berada di Lembah Klang dan bersifat optional bagi mereka yang di luar Lembah Klang. *Masa adalah tertakluk kepada perubahan dan keputusan tetap selepas program bermula. 

Program pertama ini akan bermula pada bulan Oktober 2023 dan mengambil masa selama 2 bulan (8 / 9 minggu). Kelas wajib adalah pada hari Rabu dan medium sokongan komunikasi lainnya adalah melalui Whatsapp group. 




SEBAHAGIAN MODUL PROGRAM


Setiap modul akan dibentangkan dalam 1 atau 2 sesi dan menjadi tema mingguan untuk minggu tersebut. Pemilihan modul adalah ditentukan oleh pembimbing berdasarkan situasi dan data yang diterima daripada peserta. Pembimbing akan memilih dan menyusun modul yang difikirkan bersesuain dan 'serve the purpose of the programme' dalam membantu para peserta. Modul adalah diambil, dikupas dan merujuk kepada Al Quran, Sunnah, Sirah dan juga modern finding yang bersesuaian dengan ajaran Islam. 

1. Reliance on ALLAH (Tawakkal): 
Bagaimana konsep sebenar tentang kebergantungan yang mendatangkan ketenangan dan mengusir kebimbangan dalam kehidupan. 

2. Anxiety Relief With Supplication (Doa):
Konsep doa dan seni dalam memandu perasaan menjadi ibadah yang menguatkan kebergantungan kepada ALLAH. 

3. Mastering Patience: Embracing Tomorrow Gracefully (Sabr): 
Seindah sabar para Nabi; Bagaimana membangunkan kesabaran yang menjadi pintu terbukanya banyak kejutan-kejutan baik dalam kehidupan. 

4. Gratitude Attunement (Syukur):
Mengharmonikan cabaran hidup dengan kesyukuran yang menghasilkan keteguhan hati dalam apa jua situasi diuji.


YURAN KOMITMEN

Memandangkan program ini adalah program sulung yang merupakan 'trial & error' yang mungkin mempunyai kelompongan pada mana-mana bahagian, yuran yang ditawarkan adalah 30% sahaja daripada jumlah yuran asal yang berjumlah RM899; menjadikan yuran yang perlu dibayar adalah RM269.70 untuk keseluruhan program selama 2 bulan.

Kos yang besar untuk menghasilkan program ini adalah kerana harga untuk sebuah buku sahaja kadangkala mencecah ratusan ringgit, dan kos untuk kelas-kelas yang perlu dihadiri oleh pembimbing sendiri adalah berharga ribuan ke puluhan ribu ringgit (pembimbing sedang mensasarkan sebuah pengajian di luar negara yang ingin disertai bagi memantapkan kemahiran beliau, inshaALLAH). 

Diharapkan peserta memahami cabaran di sebalik membangunkan kos ini dan hanya menyertai program ini dengan sepenuh kesedaran bahawa ianya memerlukan komitmen dan perbelanjaan yang tinggi dari pembimbing dalam mewujudkan program ini. 



PEMILIHAN PESERTA


Peserta akan dihubungi melalui emel, dan perlu mengisi questionnaire yang akan diberikan.

Pemilihan akan dilakukan berdasarkan questionnaire tersebut. Pembimbing akan menilai kesesuaian apakah program ini dapat membantu isu yang dihadapi atau sebaliknya. Pemilihan adalah 100% dilakukan oleh pembimbing berdasarkan modul yang ditawarkan kerana pembimbing tidak mahu sesiapa pun yang menyertai program ini pulang dengan kekecewaan atau masalah yang tidak dapat diselesaikan.

Kejayaan atau kegagalan program ini akan samada membina atau menjejaskan reputasi pembimbing. Justeru, pembimbing akan membuat pemilihan dengan berhati-hati agar success rate dari program ini mencapai KPI beliau iaitu sekurang-kurangnya 90%, inshaALLAH. 


BILA PROGRAM BERMULA?

Program akan bermula sebaik saja quota pemillihan peserta sudah mencukupi. Kesemua peserta akan dihubungi melalui emel dan whatsapp untuk hebahan seterusnya. Waktu yang dijangka adalah pada bulan Oktober 2023, tarikh yang tetap akan dimaklumkan kepada peserta kelak. 

Terima kasih kerana mengisi borang survey ini! Mohon doakan agar program ini menjadi penawar yang dicari oleh ramai wanita-wanita di luar sana. 

Dari wanita, untuk wanita. 


Yang benar, 
Sharifah Zahidah 

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi